Keistimewaan sujud

Posted: Sunday, 31 October 2010 by Sharkyra Kid in
0

Hikmah sujud 

Sujud lega sistem pernafasan 

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 

- meringankan bahagian pelvis. 

- memberi dorongan supaya mudah tidur. *untuk insomniac eh..*

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan. 

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

Keistimewaan masing-masing..

Posted: by Sharkyra Kid in
0

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA... 

LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 


BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

WANITA : 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan 
anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3.anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi 
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " 

Quicky! ;p

Posted: by Sharkyra Kid in
0

Quick updates! 


Rasa a bit feverish. Sedikit demam tatkala mencecah 31 oktober ni..haish.. 
Sekarang high pulak. makan lagi codeine! adoi la.. dah doc bagi.. makan je lah.. hoho


Ok, sebenarnya nak quick update untuk mereka-mereka yang telah membuat surprise tatkala suapan pertama tadi.. nasib baik aku cool je kan? kalau tak sure dah tersembur-sembur nasi itu! hahah!


Thanks korang! Sayang korang semua lah! ;p

Kejutan! @ Surprise!

Posted: Friday, 29 October 2010 by Sharkyra Kid in
3

Had a call this morning. I was in a lecture. 

"Ada pos laju untuk cik. Ada orang tak dekat rumah?"
"Saya ada kelas. Nanti saya call kawan saya suruh dia amikkan."
"Ok."

'...Sorry tak perasan mesej and call. Tak sempat nak amik barang..'
'Takpe.'

"Hello, ini pejabat pos laju ke? Pagi tadi ada parcel untuk saya tapi tak dapat amik. Dah sampai office ke parcel tu?"
"Belum la cik. Posmen belum balik lagi. Cik datang office after pukul 6 la."
"Office tutup pukul berapa?"
"Pukul 7 cik. Cik datang dalam 6 lebih nanti ye."

"Hello, ni posmen yang call siang tadi ye?"
"Ye, saya."
"Boleh tak kalau buat second delivery?"
"Rumah yang kat Ipoh tu? Nanti nak balik nanti saya singgah la."

Macam nak kecewa dah.. tapi..

"Pukul 7 nanti saya datang." 
Weeee :D


Jeng jeng jeng!...


Erkkk.. Kotak?


OH.. banyaknya sampah!!! 


Uik? Apa ni??


Dapat ini!


Yeay! Dah ada geng!

Strawberries!

Posted: Wednesday, 27 October 2010 by Sharkyra Kid in
1

Okay. Selepas kena tipu dengan abang sendiri, malam ni kita pergi enjoy lagi.
Dahlah time tengah-tengah nak makan *tunggu makanan sebenarnya* dapat mesej beliau gelak dengan sepuas-puas hati beliau sebab berjaya memperdayakan saya. 
*Padahal tak percaya pun mula-mula*

Hah, ada pulak sorang mamat ni pun blur jugak ke mana akak sorang tu nak bawak dia makan.
Haha. Sori. Aku tak tau pun Kak Nas tak bagitau mana kita nak mengisi tangki. ;p

Jadi, selepas memilih apa yang nak dimakan, *oh, dia paling lambat!* kami pergi berjalan-jalan sekejap ke atas. hehe. Dia tinggal sorang. Tunggu makanan. ;p

Dan akhirnya..  jeng jeng jeng! 


Inilah apa yang kami makan.


Fish & Chips.


Ada 2 Strawberry Strudels! Siapa punya? 


Chicken Spaghetti Kak Nas.. nyummy! Ajussi jom makan ni nak?! :P

Ok. Lepas tu sambung makan Tutti Frutti pulak. OH tapi tak ambil gambar. Sebab Nampak macam sedap je iced yogurt tu.. ;p


Pictures say a thousand words.. Yes they are talking~ :)

Posted: Sunday, 24 October 2010 by Sharkyra Kid in
4



Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia?

Posted: by Sharkyra Kid in
0

* Sekarang nak buat perubahan. Entri berbahasa Melayu akan mula disiarkan. Penatlah buat entri berbahasa Inggeris. Nak buat lawak pun mungkin ada yang tak faham.. ' damn bloody cat...' muahahaha ;P


Kantoi~ ;p Jangan kecewakan orang yang mencintai kamu....

Posted: Friday, 22 October 2010 by Sharkyra Kid in
2

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. *siyes yang ni aku buat*

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.*siyes yang ni aku buat*

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.*siyes yang ni aku buat*

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.*siyes yang ni aku buat*

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.*siyes yang ni aku buat*

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.*siyes yang ni aku buat*

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbang tentang kamu, peduli tentang kamu.*siyes yang ni aku buat*

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.*siyes yang ni aku buat*

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.*siyes yang ni aku buat*

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.*siyes yang ni aku buat*

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka dia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.*siyes yang ni aku buat*

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.*siyes yang ni aku buat*

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.*siyes yang ni aku buat*

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.*siyes yang ni aku buat*

* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya.

15 CIRI

Posted: Wednesday, 20 October 2010 by Sharkyra Kid in
0

15 CIRI SESEORANG YANG BENAR - BENAR MENCINTAIMU


Saat seseorang sedang jatuh cinta, semuanya akan terasa indah.  Singkat cerita ibaratnya nih.."kentut pun bau wangi"..haha. Tapi saat seseorang dikecewakan cinta maka semuanya berubah 180 darjah, seakan-akan dunia nak kiamat atau ditimpa durian :D haha!..  Nah..untuk membezakan adakah seseorang itu benar-benar mencintai kamu atau hanya  sekadar main-main, berikut ciri-cirinya  yang saya peroleh dari forward email teman saya.

       
1.Seseorang yang mencintai kamu, tidak mampu memberikan alasan mengapa dia mencintaimu.
Dia hanya tau, dimatanya kamulah satu satunya yang bererti baginya.

2.Seseorang yanng mencintai kamu, akan selalu mampu membuatmu marah.
Tetapi dia tidak pernah tahu hal bodoh apa yang sudah dia lakukan, kerana semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikanmu.

3.Seseorang yang mencintai kamu, jarang memujimu dengan mulutnya, tetapi di dalam hatinya dia selalu memujamu.

4. Seseorang yang mencintai kamu, akan kebingungan atau mengeluh jika kamu tidak membalas pesannya atau panggilannya, kerana dia peduli dan ambil berat akan keadaanmu.

5. Seseorang yang mencintai kamu, hanya menjatuhkan air matanya di hadapanmu. 
Ketika kamu cuba untuk menghapuskan air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, dimana hatinya selalu berdegup / berdenyut / bergetar untuk kamu.

6. Seseorang yang mencintai kamu, akan ingat setiap kata yang kamu ucapkan, bahkan yang mula-mula kamu ucapkan dan dia akan menggunakan kata-kata itu tepat waktunya.

7. Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah, kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin kamu untuk mempercayainya.

8.Seseorang yang mencintai kamu, mungkin tidak bisa mengingat setiap kesempatan istimewa, seperti perayaan hari ulang tahunmu, tapi ia tau bahwa setiap detik yang ia lalui,  ia mencintai kamu, dan saat itu adalah istimewa.

9.Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan mengungkapkan kata 'Aku mencintaimu' dengan mudah, kerana segala yang dia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahawa dia menunjukkan dalam sikap dan perbuatan.
Seseorang yg benar-benar mencintai kamu, akan merasa bahawa sesuatu harus dikatakan sekali saja karena ia berfikir bahawa kamu telah mengerti dan memahami dirinya.

10.Seseorang yang mencintai kamu, akan pergi ke airport, terminal bas atau stesyen kereta api untuk menjemput kamu, dia tidak akan membawa sejambak mawar dan memanggilmu sayang seperti yang kamu harapkan. Tetapi, dia akan membawakan barang bawaanmu dan menanyakan: Penat tak jalan lama tadi? Dengan hatinya yang tulus. :)

11. Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan menelefonmu ketika kamu marah, tetapi dia akan mengirimkan pesan setelah beberapa jam. Jika kamu menanyakan: mengapa ia tidak menelefon, ia akan berkata: Ketika kamu marah penjelasan dari dirinya semua hanyalah sampah. Tetapi, ketika kamu sudah tenang, penjelasannya baru akan benar2 bekerja /manjur / berguna.

12.Seseorang yang mencintaimu, akan selalu menyimpan semua benda yang telah kamu berikan, bahkan kertas kecil bertuliskan ' I LOVE U ' ada di dalam dompetnya dan Seseorang yg mencintaimu, jarang mengatakan kata-kata manis. Tapi kamu tahu, 'pelukannya' sudah memberitahu semuanya.. huhu

13.Seseorang yang mencintai kamu akan selalu berusaha membuatmu tersenyum dan tertawa walau terkadang caranya membingungkanmu..

14.Seseorang yang mencintaimu akan membalut hatimu yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi...dan ia akan memberikanmu yang terbaik walau harus mengorbankan kepentingannya sendiri.

15. Seseorang yang mencintaimu...akan rela melepaskanmu pergi bila bersamanya kamu tidak bahagia...dan dia akan ikut bahagia walau kamu yang dicintainya bahagia bersama orang lain.