Bertujuh belas!
Posted: Sunday, 19 December 2010 by Sharkyra Kid in
0
Sekarang, sejak dah hampir 3 tahun bersama dalam satu batch dan bekerjasama dengan macam-macam jenis orang, saya rasa perasaan malu antara kami sudah tidak wujud. Atau, kurang. Sangat lama masa yang diambil untuk mengurangkan perasaan malu antara kami. Bukan tak tahu malu yang macam tu... perasaan malu ketika belajar I mean.. Kami dah kurang segan untuk membuat kesalahan-kesalahan kecil dan sederhana serta boleh menjadi bahan ketawa bersama menghilangkan stress dan penat ketika belajar. =)
Dihimpunkan dalam satu kumpulan kecil yang terdiri daripada 17 orang, menyebabkan kami lebih banyak menghabiskan masa antara kami ber17 atau antara subgroup kami sahaja. Jadi, ikatan antara kami lebih kuat kerana kami lebih banyak menghabiskan masa bersama, bergelak ketawa bersama. Sungguh menarik, even orang yang jarang dan belum dikira 'masuk' dalam geng kami pun, kalau dah gelak-gelak bersama kami tentu akan masuk geng kami juga. Rahsia kami, gelak ketawalah! =)
Ditugaskan di bahagian Psychiatry untuk 6 minggu membuatkan kami bersama-sama mengharungi keadaan pelik-pelik apabila berhadapan dengan pesakit-pesakit yang di interview. Tapi kadang-kadang bukan mereka yang sakit, tapi kami sendiri yang melalut entah apa-apa. Haha. Kami lebih keliru daripada pesakit sendiri. :P
Serius! Sangat kelakar bila kami sendiri membetulkan benda yang patient sendiri sedar salah. Macam otak betul-betul dah under hypnosis dek si patient je. Haha.
Nak cerita? Tak pelah. Segan. ;P
Nanti update lagi! Sekarang nak amik mood study!
