Andai itu takdirnya..

Posted: Monday, 13 June 2011 by Sharkyra Kid in
3

Blog ini menceritakan pengalaman peribadi penulis. Sesiapa yang tersalah masuk, baca dan mahu muntah, sila keluar segera untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. 

Sebelum ni pernah tulis tentang seorang lelaki yang sentiasa berada dalam hati seorang gadis. Sentiasa, kerana itulah cinta pertama si gadis. Manusia pertama yang dirasakan mampu catch up dan synchronize dengannya dengan begitu pantas. Rasanya seperti mereka berdua sangat serasi, tak perlu diungkap atau diluah. Mereka boleh membaca apa yang terlintas di fikiran masing-masing. Hanya dengan riak wajah yang terlihat dari jarak lebih kurang 2m juga si gadis sudah dapat menduga perasaan si lelaki.

Tempoh bahagia yang dirasakan si gadis hanya sementara cuma. Benar mereka bahagia, sekurang-kurangnya si gadis. Si lelaki? Entah, hati lelaki sukar ditafsir dan difahami. Mungkin membalas perasaan si gadis, mungkin juga tidak. Tapi, seperti hidup yang mempunyai graf turun dan naik, cinta dan perasaan juga mempunyai grafnya tersendiri. Mendaki kebahagiaan hingga ke puncak, mendatar dan akhirnya menurun. Itulah mungkin graf rasmi bagi cinta dan masa, tiada turun dan naik. Sama ada naik, mendatar dan turun. Corak yang lebih kurang terlihat bagi hampir setiap pasangan yang ada di muka bumi ini. 

Bukan sedikit, tapi banyak mata yang dapat melihat sinar di mata mereka. Biasalah, diri sendiri tidak dapat melihat tapi orang luar biasanya sangat dapat membaca pandangan mata insan-insan seperti ini. Namun keduanya seperti main tarik tali, keduanya tidak mahu mengalah untuk mengakui perasaan masing-masing. Hingga akhirnya mereka sudah tidak lagi rapat dan bahagia seperti dulu. Redup mata bahagia yang bersinar tidak lagi terlihat. Masing-masing masih lagi mendiamkan diri, mungkin sudah pudar cinta mereka?

Tapi itu bukan penamatnya, si lelaki mungkin sudah bertemu cinta baru barangkali. Si gadis membawa hala tuju sendiri, hidup masih seperti dulu. Hairan hatinya tiada luka pedih, mungkin dia lebih berserah kepada Sang Pencipta andai itu takdirnya. cliche : Kalau ada jodoh, berpisah 7 benua pun bertemu jua. Semoga jodoh mereka dipanjangkan dan bertemu dalam redhaNya. 



3 comments:

  1. andai dia jodoh kamu, x kemana..

    andai dia bukan jodoh kamu,nanti yng lebih baik dari dia. Pilihan Allah, pasti lebih baik.

  1. syanabel says:

    wow, tak sangka..engkau yang menulis post ni.. boleh la buat novel jiwang satu..hehe

  1. nad : insyaAllah. Allah lebih mengetahui rahsia hidup kita.

    belle : sbb tu la tibe2 teringin nk buat novel.. buat satu blog lg.. satu entry satu chapter. hahah.. ok tak? ;p