Ceritera dari liver. ;p
Posted: Tuesday, 7 June 2011 by Sharkyra Kid in
0
Amaran : Ini adalah soalan fromspring. Maaf, kisah diceritakan sebagai pedoman dan pembuka fikiran. Terima kasih. :)
Dear you,
Seharusnya diingatkan bahawa manusia adalah berbeza. Berbeza dari pelbagai sudut. Sudut pandangan, sudut berfikir, sudut menerima dan memberi pendapat... dan... sudut membaca...? eh! tu kat dalam kelas adalah sudut membaca! Hehe.
Ok ok.. ni nak cakap.. sebenarnya.. tahun lepas ada juga peristiwa sebegini. Muka tak senyum kalau terserempak apabila menjejak ke alam lebih sibuk. Waktu itu hati dipujuk dengan mengatakan mungkin kesibukan membuatkan dia berubah. Bukan berubah dingin, tapi berubah kurang tersenyum atas alasan kepenatan. Walaupun hakikatnya kedinginan agak terserlah, namun hati mendiamkan rasa itu. Kemudian keadaan menjadi kembali sediakala selepas beberapa bulan begitu, terseksa juga memikirkan kesalahan yang dilakukan. Entah macam mana boleh baik semula, tak pasti. Kemudian, perubahan itu semakin ketara, semakin tidak dipedulikan semakin jarang bersua muka, lebih-lebih lagi dengan kehadiran orang baru. Hati masih memendam, mungkin itu boleh menceriakannya. Ikhlaskan, cuba ikhlaskan. Temannya, temanku jua, bukan?
Kemudian, sekarang setelah melalui sendiri apa yang mereka lalui, semakin jelas memahami apa yang usai mereka tempuhi. Kepenatan yang mereka harungi, digagahkan jua dek badan yang semakin berisi. *makan je, mana tak naik!* ;p Lalu semakin mengerti perasaan mereka tatkala kesibukan melanda.
Namun manusia terkadang tak sedar bila diri teralpa mahupun lalai dan leka. Tak lekang dari berbuat silap. Tak lari dari kesalahan, namanya juga manusia lemah. Terkadang silap dibuat ikut emosi, biasalah.. perempuan.. hormonnya pelik dan banyak. Tapi maaf dipinta, salam bersambut. Aman dan damai seketika. Jika diri terasa bersalah, maaf dihulur kepada yang terasa. Terkadang hati juga terasa, namun dimaafkan si penabur rasa agar ukhuwah persahabatan tak luntur. Bukan sekali dua, namun tak apa, mungkin tidak disedar kesilapan itu. Itulah, setiap orang lain cara pemikirannya, lain cara menerimanya, lain cara emosinya.
Tapi kini, hanya dipinta memahami kesibukan yang turut kadang-kala mencuri senyuman manis buat teman. Terkadang mengejar masa, terkadang mengejar ilmu. Namun salam dihulur ikhlas dari hati, memohon agar disejahtera sentiasa oleh sang Pencipta, sentiasa mendoakan teman di bawah rahmatNya. Ikhlas mohon maaf dari hati, dicoret di sini kerana air mata bergenang tak mahu ditonjolkan.
Maaf andai kesulitan dialami disebabkan diri ini.
Ihsan Mr Google, gambarku nangis tak dan nak snap! :P
p.s : toksah la dok caya ni soalan formspring, aku tak main formspring2 ni! ;p
