Lama tak menulis, sangat tiada bahasa rojak.

Posted: Friday, 12 November 2010 by Sharkyra Kid in
2

Dah lama tak kemaskini blog. Huhu. Terpaksa menyibukkan diri dengan nota-nota dan ilmu-ilmu yang telah diperoleh selama hampir 6 bulan dalam Fasa 2.

Kini hanya tinggal hampir 10 hari menjelang hari peperiksaan akhir kami untuk Fasa 2. Berdebar-debar? Risau? Tekanan? Klasikal sungguh simptom sedemikian sebelum peperiksaan bermula. Belum tekanan barangkali, tapi badan saya menunjukkan ciri-ciri tekanan, mungkin perasaan saya masih stabil lalu saya tidak terasa tekanan.

Minggu ini sering sakit kepala terutama pagi selepas bangun tidur. Mengapa? Entah. Mungkin tidur lewat dan bangun awal. Kemudian kepenatan seharian di perpustakaan kolej dan balik lewat. Kemudian berkejar kembali ke kolej untuk belajar bersama rakan-rakan.
Oh sekarang kepala saya masih berdenyut. Oh. Oh. 

2 comments:

  1. salamBEST says:

    sggh baku bahasa anda. tahniah.

  1. oh terima kasih. masih tertnggal sisa-sisa sewaktu mempelajari bahasa melayu di sekolah dahulu.

    haha! cesss.. perli nmpk??? haha ;p