Bunga Bunga Cinta Dalam Mihrab Cinta
Posted: Monday, 9 May 2011 by Sharkyra Kid inAssalamualaikum Hi You Allzzz! Haha! Mood gedik sikit malam ni sebab baru lepas tonton filem Dalam Mihrab Cinta, satu filem Indonesia yang diangkat dari novel Dalam Mihrab Cinta karya Habiburrahman El-Shirazi. Tak kenal? Ala.. yang tulis novel Ayat-ayat Cinta tu.. atau pun yang tulis novel Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2. Haaa! Ingat pun! hehe.
So sebelum kenal dengan filem beliau, cik housemateku ada promote kan lagu ni. Lagu ni adalah nyanyian buah hati wa.. Dude Herlino. :D Tu yang semangat sikit tengok cerita ni! hehe ;p
Dan ni pulak first time dengar dia nyanyi! wahhhh.. memang sangkut la dengan lagu ni..
Dan filem tu best la jugak.. mengisahkan seorang hamba Allah yang nak belajar agama di pesantren *di Malaysia dipanggil sekolah pondok* tapi ditentang dengan ayahnya yang mahukan dia belajar jurusan Ekonomi di universiti. Then dia berjaya jugak masuk ke pesantren tu, tapi kemudian difitnah oleh rakannya yang cemburu. Setelah difitnah, keluarganya pulak tak percaya bahawa dia tidak bersalah. Lalu larilah dia hidup sendiri. Dan disebabkan dia dituduh mencuri, akhirnya dia berkeputusan untuk benar-benar mencuri..
Lalu dia tercuri dompet teman rakannya yang memfitnah tadi. Kemudian dia ke rumah wanita itu tetapi dengan takdir Allah, perkara kebaikan yang dilakukannya. Akhirnya dia bertaubat dan tidak lagi mencuri. Serta menjadi orang yang berjaya dan kebenaran telah berpihak kepadanya.
Tetapi konfliknya bermula bila dengan siapakah yang dia ingin dijodohkan? Anak tuan pesantren nya kah? atau gadis yang dipulangkan dompetnya??? hmmm..
Nah link kalau nak baca novel nya... :D novel Dalam Mihrab Cinta.
kalau nak download movienya, sini sini! :D
pinjam!