Hari Raya Aidiladha..

Posted: Wednesday, 17 November 2010 by Sharkyra Kid in
0

Salam Hari Raya Korban! 
berkorbankah anda? hehe

Huhu. Sekarang patut tengah study tapi buat benda lain pulak. Contoh, menonton Fugitive : Plan B di sini.
Haih, Bi oppa is so hard to resist la. Eh bukan. Kali ni tak sangat la tengok dia. Tengok Lee Jung Jin oppa. Hee.. 


Inilah beliau



Close-up sikit.. wahaha

Oh, lepas tu.. Daniel Henney oppa.. best pulak dengar beliau cakap Hangeul. Selama ni tak penah kesah pun tengok dia berlakon. Haha. Tapi tengok cerita ni.. hmmm.. best.. best.. 


Dalam cerita tu dia appears like this, pakai this kind of glasses.

And cerita ni irresistible sebab gadgets dia best! Huhuu.. paling best, office Rain aka Ji Woo, the PI. Sangat hi-tech kot. Huhu.. best, best. Nak tau camne? Tengok la.

Dan kagum juge dengan dorang, I mean, Korean dramas. Haha. Dorang guna local cars je buat cerita. Dorang guna Hyundai je. Polis pun guna Hyundai. Walaupun dorang guna local cars je, Hyundai dah memang lawa pun.. wahaha. tak boleh nak cakap apa la kan..



Ni salah satu kereta yang Bi oppa drive dalam cerita ni. Huhu. 

Apa lagi yang menarik dalam cerita ni? Oh OH! Macam cerita-cerita Korea before ni, mereka juga menjelajah ke beberapa negara. Dan ada pelakon yang berbahasa asing. *aku memang suka bab bahasa-bahasa ni.. huahua*
Dorang pergi Jepun, of course cakap Jepun. Rain pun cakap Jepun. Huhu. Dorang pergi Macau, ada dialog kantonis tapi pelakon Cina yang cakap. Dorang balas balik cakap Korea je. Macam kelakar pun ada jugak. Hehe. Tempat-tempat shoot pun menarik! Huhu. 
Ada babak fight Rain, latar dia cantik. :)

Haa.. tu je la dulu. Nak sambung study. Daaaa! 





urgh. kenapa, kenapa, kenapa? *sedutan dialog Fugitive : Plan B, wae?wae?wae?*

Posted: Tuesday, 16 November 2010 by Sharkyra Kid in
0

Eleh. Status facebook semua nak letak benda yang sama je. 
Sedih tak dapat nak balik raya. Memang la sedih, tapi.. kalau sedih, telefon la mama ayah kat kampung. Eh, sejak bila pulak aku pakai mama ayah ni..? mama abah la. 
hoho. ada yang terasa ke? wahaha. janganlah terasa.
Ni entry umum, tak seharusnya rasa terasa merasa dirasa.. bwahahaha.. 

*Sebenarnya terasa dengan status-status korang tu haaa.. yang pegi letak status-status sedih tu buat apa?*
Aku ni dah la nak exam, tolonglah jangan mengingatkan aku tentang rumah, tasek, atau apa-apa aje. Haa.. anda, jangan ingatkan. Duk diam-diam, bercabi-cabilah anda. Wahaha. Macam beliau baca je. Semua tengah in the middle of Malcolm in the middle.. lama tak tengok series tu. Eh, semua tengah busy! Haih.. Exam kan dah dekat. Kitorang punya 'Fasa', minggu depan. Lebih tepat, Selasa depan. 23 Nov 2010.


Teng teng teng.. Freak out! *ikut lagu iklan tu* 
Haha! Sewel dah ni.. mana mereka ni.. lapar ni.. huhu


hmmmmm

Posted: Sunday, 14 November 2010 by Sharkyra Kid in
0

10 jenis lelaki yg perlu dijauhiRenungkan sedikit panduan berikut untuk membantu anda mencari pasangan. Wanita perlu berhati-hati dengan 10 jenis lelaki yang disenaraikan ini:

1. Lelaki yang sering berkata: "Abang memang sayang kepada sayang, tetapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius".

Bayangkan jika ada kaum Adam yang meluahkan kata-kata sedemikian sedangkan anda sudah menjalin hubungan lebih lima tahun dengannya.

Ini bermakna anda bukanlah orang yang diharapkannya malah barangkali, anda tidak pernah ada dalam kamus hidupnya untuk dijadikan calon suri hidupnya.

2. Lelaki yang sering menghubungi atau menghantar pesanan ringkas (SMS) tanpa mengira waktu.

Dia akan mengeluarkan kata-kata manis apabila benar-benar memerlukan dan anda pula sekadar dijadikan alat untuk menghiburkan dirinya. Tetapi apabila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul. Beginikah lelaki yang anda harapkan sanggup bersusah senang bersama?

3. Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tetapi mesra.

Anda berdua bagai merpati dua sejoli, makan malam bersama, tengok matahari terbenam di tepian pantai berdua malah ke majlis kenduri-kendara pun tidak pernah berenggang.

Sekali pandang ramai yang pasti mengatakan anda berdua pasangan paling sepadan. Namun, pada lelaki terbabit, tidak terdetik pun di ruang hatinya yang kosong itu mahukan anda mengisinya. Jadi, jangan membuang masa.

4. Lelaki yang sudah ada kekasih hati, tetapi tetap mahukan anda. Ini adalah jenis lelaki yang paling banyak spesiesnya. Mereka mempunyai ramai teman wanita dan mahu memiliki seramai mungkin untuk memenuhi nafsunya.

Jika pernah terserempak dengannya bermesra dengan wanita lain, lalu siapakah anda di hatinya?

5. Lelaki yang sering berfikir apa yang dilakukannya semua betul sedangkan pandangan anda semuanya salah.

Ketika menjalin hubungan dengannya, anda sering ditengking kononnya anda saja yang bersalah pada hal kesalahan itu kecil dan tidak perlu diperbesarkan.

Bagi dirinya, anda tidak berhak menegur dirinya yang dianggap serba-serbi ada kelebihan.

6. Lelaki yang naif dan seolah-olah mementingkan dirinya semata-mata. Contohnya, lelaki yang tidak faham kehendak wanita walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, tetapi dia tidak pernah ambil pusing.

Dia sering menganggap semua perkara remeh dan selalu ambil mudah mengenai sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri. Kalau dia tidak faham kehendak sendiri, apakah anda fikir dia akan faham masalah anda apabila melayari hidup berdua kelak?

8. Lelaki yang selalu mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu terlalu sibuk, dia tetap tidak mempedulikan keadaan anda.

Jika boleh, dia ingin berkepit sentiasa dengan anda tidak kira siang atau malam. Bahkan, anda bosan dengan deringan telefonnya yang benar-benar mengganggu ketenangan diri.

Ada masalah yang remeh pun hendak diberitahu, menghantar SMS atau menelefon anda. Lama-lama anda rimas dan lemas.

9. Lelaki yang suka mengutuk lelaki lain dengan harapan anda tidak akan mendekati lelaki yang dikutuk itu.

Hakikatnya, dia seorang yang kuat cemburu dan anda di bawah pengawasannya. Padanya, lelaki lain langsung tidak boleh mendekati anda. Bolehkah anda hidup dengan lelaki yang cemburu setiap masa?

10. Lelaki yang tidak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Lagipun anda tidak nampak ciri kepimpinan yang ada padanya apatah lagi untuk menyandarkan seluruh harapan dan hidup anda padanya.

Katakan selamat tinggal saja jika akhirnya membuat anda kecewa dan merana.

Maaf ye kepada semua pembaca blog ni yg bergelar "LELAKI" ;)

Lama tak menulis, sangat tiada bahasa rojak.

Posted: Friday, 12 November 2010 by Sharkyra Kid in
2

Dah lama tak kemaskini blog. Huhu. Terpaksa menyibukkan diri dengan nota-nota dan ilmu-ilmu yang telah diperoleh selama hampir 6 bulan dalam Fasa 2.

Kini hanya tinggal hampir 10 hari menjelang hari peperiksaan akhir kami untuk Fasa 2. Berdebar-debar? Risau? Tekanan? Klasikal sungguh simptom sedemikian sebelum peperiksaan bermula. Belum tekanan barangkali, tapi badan saya menunjukkan ciri-ciri tekanan, mungkin perasaan saya masih stabil lalu saya tidak terasa tekanan.

Minggu ini sering sakit kepala terutama pagi selepas bangun tidur. Mengapa? Entah. Mungkin tidur lewat dan bangun awal. Kemudian kepenatan seharian di perpustakaan kolej dan balik lewat. Kemudian berkejar kembali ke kolej untuk belajar bersama rakan-rakan.
Oh sekarang kepala saya masih berdenyut. Oh. Oh. 

Posted: Wednesday, 10 November 2010 by Sharkyra Kid in
0

Marc Anthony & Tina Arena - I want to spend my lifetime loving you - The Mask of Zoro

Posted: Wednesday, 3 November 2010 by Sharkyra Kid in
0




Hoho.. lama dah cari lagu ni! Baru jumpa!
Best tak??




I Want To Spend My Lifetime Loving You

Moon so bright, night so fine
Keep your heart here with mine
Life's a dream we are dreaming

Race the moon, catch the wind
Ride the night to the end
Seize the day, stand up for the light

I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do

Heroes rise, heroes fall
Rise again, win it all
In your heart, can't you feel the glory?

Through our joy, through our pain
We can move worlds again
Take my hand, dance with me

I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I will want nothing else to see me through
If I could spend my lifetime loving you

Though we know we will never come again
When there is love, life begins
Over and over again

Save the night, save the day
Save your love, come what may
Love is worth everything we pay

I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I will want nothing else to see me through
If I can spend my life time loving you

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SEHAT

Posted: Monday, 1 November 2010 by Sharkyra Kid in
0

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan diastolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah diastolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.